PENGIKTIRAFAN KLUSTER

LATAR BELAKANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) SK PULAPAH

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah Kluster Kecemerlangan ini juga  mempunyai kebitaran (niche area) yang menggambarkan watak sekolah.

Sekolah SK PULAPAH telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 29 September 2011. SK PULAPAH  merupakan sekolah luar Bandar yang dikategorikan di tahap cemerlang B kerana GPS UPSR bagi 3 tahun berturut-turut tidak melebihi 2.0. Kecemerlangan di dalam UPSR sekolah ini terpilih sebagai SKK kerana murid-murid cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

SK PULAPAH memenuhi kriteria sebagai SKK kerana menepati syarat pemilihan iaitu tidak kurang 80% bagi aspek-aspek berikut:-

                 I.            Kecemerlangan murid dalam aspek
a)      Akademik
b)      Kokurikulum
c)      Sahsiah 
               II.            Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
             III.            Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
             IV.            Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
               V.            Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
             VI.            Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
           VII.            Keberkesanan pelaksanaan program KPM.

Pada 12 Mei 2011, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) telah membuat lawatan ke sekolah ini untuk membuat penilaian dan verifikasi kepada sekolah. Oleh yang demikian, Sekolah telah diumumkan sebagai SKK pada 27 September 2011.


PERANAN SEKOLAH SEBAGAI SKK

                    I.            Menyediakan Request For Proposal (RFP)
                  II.            Menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
                III.            Membangunkan Kebitaran Sekolah
                IV.            Mewujudkan Piawaian dan Penanda Aras sebagai Sekolah Model.
                  V.            Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
                VI.            Merintis Perubahan dan Pembaharuan.


STATUS SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN(SKK)
Sekolah yang telah terpilih sebagai SKK perlu terus cemerlang dalam semua aspek.


SUMBANGAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KEPADA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Dalam memastikan usaha melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dicapai, Sekolah Kluster Kecemerlangan juga boleh membantu meningkatkan sekolah lain menerusi pelbagai kaedah seperti di bawah:

i.                    Menjadi model kepada sekolah berhampiran
ii.                  Menjadi enabler kepada pembangunan pendidikan sekolah berhampiran
iii.                Berkongsi kemudahan fizikal dan kepakaran dengan sekolah berhampiran


PENCAPAIAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH SEBAGAI SKK

Sekolah perlu menunjukkan peningkatan dalam pelbagai bidang. Peningkatan melalui pencapaian prestasi sama ada dalam bidang akademik, ko-akademik mahupun ko-kurikulum.


1)      Pencapaian Akademik

UPSR
GPS
Tahun 2012
Tahun 2011
Tahun 2010
Tahun 2009
1.63
1.53
1.25
1.35


2)      Pencapaian Ko-kurikulum

Penyertaan dan pencapaian pasukan bola tampar dari tahun 2009 hingga 2012


Tahun
Peringkat / Pencapaian
Daerah
Pencapaian
Negeri
Pencapaian
Kebangsaan
Pencapaian
2009
L
Naib johan
5
Naib Johan
1
Ketiga
P
Johan
7
Ketiga
6
-
2010
L
Johan
1
Ketiga
-
-
P
Johan
2
Ketiga
2
Naib Johan
2011
L
Johan
4
Ketiga
1
-
P
Ketiga
-
-
-
-
2012
L
Johan
6
Ketiga
-
-
P
Johan
6
Naib Johan
1
-




JALINAN DAN JARINGAN

Sekolah Kebangsaan PULAPAH telah mengadakan jalinan dan jaringan  dengan beberapa pihak setakat ini.

Jalinan
Jaringan
i.          PULAPOL
ii.         CIMA
Program jaringan bersama Sekolah Kluster sekelompok dengannya.
i.          SK Dusun di Terengganu
(Bola Tampar)
ii.         SK Tengku Mariam di Johor
(Program Antarabangsa)

No comments:

Post a Comment